Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya
yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu,
Cina dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti
kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang
terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan
sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan diwarisi sama
ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam,muzik, agama, kepercayaan mahupun
undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi setiap kaum. Oleh yang
demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar tradisi kebudayaan
dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang ekoran
daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.
Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Seseorang individu dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda dalam kaum Melayu seharusnya membuka mata mereka untuk belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang, Tarian Joget, Dikir Barat, dan sebaginya. Selain
dari segi kesenian, adat resam juga tidak dilupakan kerana dalam masyarakat Melayu terdapat adat sebelum perkahwinan yang masih diamalkan seperti adat merisik, meminang dan barkahwin. Walau bagaimanpun, terdapat sesetangah masyarakat melayu yang telah mengabaikannya ekoran arus pemodenan. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan setiap budaya dalam kaum mereka.
Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan remaja selepas rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di sekolah. Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian bagi setiap bangsa, pasti akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya sewaktu mereka masih muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu aktiviti kebudayaan. Pihak sekolah bolehlah mewujudkan kelab seperti Kelab Tarian Melayu, Tarian Cina, Tarian India, Kelab Mencanting Batik dan sebagainya. Kesemuanya haruslah mengenai budaya setiap kaum di malaysia. Disamping itu, keadaan ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk mempelajari budaya kaum-kaum yang berlainan dan kaum sendiri. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan yang sewajarnya supaya dapat menanam sikap cintakan budaya Malaysia dalam diri para pelajar sejak mereka masih muda lagi.
Pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kerajaan amat penting dalam usaha untuk mengekalkan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabangsa.
Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta mahupun pihak kerajaan akan dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya usaha untuk mengekalkan budaya yang masih diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Kempen-kempen yang akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah “Bersama Kita Mengekalkan
Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”. Selain itu, pihak-pihak sasterawan juga boleh menyumbang tenaga dengan mengadakan majlis pembacaan puisi-puisi yang berkaitan kebudayaan Melayu, Cina dan India mahupun menulis puisi-puisi yang indah mengenai kepentingan dan keunikan kebudayaan Malaysia. Semua pihak boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.
Kesimpulannya, budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.

-MALAYSIA,NEGARA KITA- |
Kekauman Malaysia:
1. Kaum Melayu
Pakaian : Baju Melayu, Kebaya,kurung songkok, kain pelikat
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi
lemakPermainan : congkak, gasing, wau
Alat Muzik : kompang, gong, rebana, gambus
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri (Puasa ), Hari Raya Haji
Tarian : Tarian Keris, Tarian inai, Tarian piring, Tarian lilin
tarian Inai
Tarian KerisTarian Piring
Tarian Lilin
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
2. Kaum Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu
Suku Kaum : Teochew, Hakka, Hokkien
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum
Permainan : catur cina
Alat Muzik : gitar bulan, dram
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew
3. Kaum India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Onam
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin kita yang menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang maju menjelang tahun 2020 nanti. Pada pendapat saya, banyak kepentingan yang dapat diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang harmoni mampu diwujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan.
Selain itu, ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan pelbagai kaum. Sebagai buktinya, pada tahun lalu seramai 25 juta orang pelancong asing datang ke negara kita hasil daripada usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh mempromosikan keunikan yang terdapat di Malaysia khususnya kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sini. Menteri pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen menjelaskan bahawa usaha untuk menarik 30 juta pelancong asing ke Malaysia pada tahun 2012 sedang digiatkan dan fokus kementerian adalah menganjurkan festival kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Jadi, perpaduan kaum yang kukuh di negara kita mampu menarik pelancong asing datang ke sini.
Di samping itu, perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibat pergolakan yang berlaku di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing dari Amerika, Eropah, Jepun, China dan India. Baru-baru ini, pelabur dari China membawa modal sebanyak RM1.5 bilion untuk dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan kepada negara sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pelabur ini berani menanam modal di sini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran daripada masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang perbalahan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan imej negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang berterusan membina negara yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perintis untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ketokohan yang ada pada beliau telah menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan orang yang boleh bersuara untuk membela nasib mereka di pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali di pentas antarabangsa adalah kerana kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian adalah kerana masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi aman dan harmoni.
Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita sering kali melihat atau mendengar melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.
Disediakan oleh,
Quinn Ho 5S5 2014