Monday, 17 March 2014

WAWASAN 2020


Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020. Antaranya adalah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Selain itu,mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.Di samping itu, mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. Lain daripada itu, mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.Seterusnya mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adatkebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.Tambahan pula, mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.Lebih-lebih lagi, memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.Akhirnya,mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistic?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin. KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

Memangkin Wawasan 2020 melalui 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Walaupun terdapat pelbagai kekangan bagi mencapai Wawasan 2020, ia dapat diharungi dengan dedikasi dan kerjasama antara kerajaan dan rakyat. Demi menangani cabaran ini, kerajaan memperkenalkan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sebagai cara mempertingkatkan prestasi bagi mencapai Wawasan 2020.

Takrifan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Bahagian ini membincangkan tiga elemen dalam prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Keadilan kepada semua sebagai intipati 1Malaysia

Perpaduan di kalangan rakyat Malaysia adalah prasyarat bagi mencapai aspirasi Wawasan 2020. Untuk membangunkan negara, rakyat perlu mengorak langkah maju ke hadapan, bersatu hati, dalam kepelbagaian etnik, agama dan kepercayaan. Penyatuan yang menyeluruh, saling menghormati dan menerima dengan tangan terbuka, itulah asas kukuh kepercayaan dan keeratan perhubungan yang jitu. Apabila kita teguh berdiri sebagai satu bangsa bersatu padu, barulah kita dapat menerajui pembangunan negara yang lebih meluas. Bagi mencapai perpaduan, beberapa negara lain menggunakan konsep asimilasi penuh bagi membangunkan satu identiti kebangsaan yang tersendiri. Prinsip 1Malaysia adalah berbeza – ia menghormati kepelbagaian kumpulan etnik. Kepelbagaian ini diambil kira sebagai aset kompetitif negara. Ia menekankan keistimewaan penerimaan perbezaan antara kita, dan menggalakkan kita semua menyambut dengan tangan terbuka, setiap keunikan dan perbezaan yang ada.

  

Matlamat ekonomi dan sosial yang tinggi bagi Wawasan 2020

Sejajar dengan Wawasan 2020, kita komited untuk mencapai sembilan matlamat, 
yang merangkumi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologikal dan kebudayaan. 
Secara kolektif, ia adalah set sasaran yang mencabar bagi Malaysia. Kita cuma 
ada tempoh masa sedekad lagi. Kita harus mengingatkan diri kita, apa keadaan 
kehidupan di Malaysia yang diimpikan pada masa hadapan, apabila kita berjaya 
mencapai semua matlamat tersebut. 
Kita akan menjadi negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat 
yang serupa dan dikongsi bersama. Negara kita adalah negara yang aman, 
berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama 
sepenuhnya
Kita akan menjadi masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan 
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah 
menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia akan dapat dikenali melalui 
usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah 
kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain
Kita akan menjadi masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun
Kita akan menjadi masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi

Cabaran Merealisasi Wawasan 2020

Pada tahun 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu, memperkenalkan Wawasan 2020, wawasan yang baru dan berani bagi Malaysia. Sepanjang dekad sebelum itu, negara kita berkembang pada kadar purata 8%setahun. Tiba waktu tersebut, kita memerlukan objektif dan matlamat prestasi yang baru. Sasaran kita yang baru adalah “menjadi sebuah negara maju dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kita memutuskan, masa yang logik, mudah dan sesuai adalah tahun 2020. Bagi pakar optometri, 2020 adalah tahap penglihatan yang sempurna, dan kita impikan penglihatan sempurna untuk melihat masa depan kita.”10 Wawasan 2020 adalah unjuran yang optimistik, kerana kadar pertumbuhanyang mahu dicapai adalah 7% setahun dalam 30 tahun, di antara 1991 dan 2020. Tambahan lagi. kita mahukan pembangunan Malaysia diukur lebih luas daripada tahap KDNK. Kita tidak mahu mengorbankan nilai moral bagi tujuan pertumbuhan ekonomi. Kita mahu memastikan, masyarakat kita bertambah maju sebagai masyarakat berbilang kaum dan mampu berkongsi segala kekayaan yang bakal dihasilkan. “…setiap negara maju ada kekuatannya tersendiri. Tetapi, setiap negara maju juga ada kelemahan. Kita masih dapat berkembang dan maju ke hadapan mengikut acuan kita sendiri, tanpa meniru negara lain. Selain daripada pembangunan ekonomi, Malaysia juga perlu maju dalam pelbagai dimensi seperti aspek politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya. Malaysia perlu dibangunkan sepenuhnya, terutama dari segi perpaduan negara dan sosial, dalam aspek ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, kualiti hidup, nilai sosial dan rohani, kebanggaan negara dan tahap keyakinan.” Tun Dr Mahathir Mohamad, “Kertas Kerja – The Way Forward” disampaikan kepada Majlis Perdagangan Malaysia, 28 Februari 1991 
 Disediakan oleh,
Lim Si Yang 

No comments:

Post a Comment