Sunday 23 March 2014

Alat Muzik Tradisional

Alat Muzik Tradisional Melayu


KOMPANG

kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.


 SAPE

Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah.


CANANG

canang
Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.



GEDOMBAK

Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahan wayang kulit dan menora di kelantan.


GAMBUS

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.




KEMPUL

 Kempul, berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu.Ianya merupakan satu penambahan baru daripada yang sedia ada.Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fisikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya.
       Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic pantatonic, berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan dimainkan oleh seorang pemain.




KESI

Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga.Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali.Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.Suara yang dapat dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah.



GAMBANG  KAYU

Sumber bunyinya  berasaskan kepada kayu yang dilaraskan mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema.Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan.Terdapat juga belira-belira bagi alat Gambang yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong, dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap.Kayu-kayu jenis keras daripada spesis seperti nangka, merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada alat 'Ranak Ek' di Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat Gambang.
          Dalam rangkaian ensemble Gamelan Melayu di Malaysia, Gambang  kayu yang mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi.Ianya dipukul dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi dan dilaras mengikut sistem anhemitonic pentatonic.





SARON

 Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun slab-typed yang diperbuat daripada perunggu.Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu sebagai ruang gema. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu.Berperanan  seabagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan, lazimnya dari jenis yang lembut.
        Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron digunakan sebagai alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif.Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.



ANGKLUNG

Alat idiofon yang digoyang.Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih.Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.
     Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain.Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang' dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.
      Dalam persembahan  Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung  digunakan untuk  mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alat-alat dari disiplin Gamelan.
      Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.Proses penalaan Angklung dilakukan dengan  melaras bibir alat dan ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya.








REBANA  

          Sejenis gendang satu muka yang berbentuk  seperti pasu.Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget Inang, Masri, Zapin, Cinta Sayang Melayu Asli dan Ayam Didik. 
          Dalam konteks persembahan,Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan.Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti mnemonik 'tak' dari bahagian tepi alat berkenaan.Peranannya dalam ensemble adalah sebagai penyokong  irama dengan pola-pola paluan yang dapat diketegorikan  sebagai irama asas(basic) penambahan(additive) dan menyilang iaitu cross rythme.




GENDANG  IBU     
        Gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu.Ianya mula berkembang di negari Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang  dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat.
         Dalam konteks persembanhan Gendang  Ibu(Gendang dua muka) akan disertai dengan Gendang Anak untuk meemainkan pola-pola paluan yang khusus secara meningkah bagi pembinaan setiap struktur irama mengikut disiplin yang didukunginya seperti ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Menora, Gamelan dan Silat.







BONANG

Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu.Mengandungi dua oktaf dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang.
      Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'. Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagaiwedok(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa Jawa.
Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan  yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni.Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat.




GONG / TETAWAK IBU

Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi  di Malaysia.Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak anak  khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat.
          Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak.Dalam konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak  Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu  hendaklah berada di sebelah kiri pemain.


Disediakan oleh:
Leong Kai Wen




No comments:

Post a Comment