Saturday, 22 March 2014

Perayaan Kaum

Perayaan Kaum Melayu

-HARI RAYA AIDILFITRI


Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

-HARI RAYA AIDIL ADHA


Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Hajimerupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Malah, bulan ini merupakan bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini, masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti kambing atau lembu sebagai korban pada hari raya ini. Daging sembelihan ini akan dibahagikan, terutamanya kepada fakir miskin.Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik. Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.

-SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara kita. Setiap kerajaan negeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.
Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula, mereka mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan masjid. Di sesetengah tempat pula, mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid, iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W.

Perayaan Kaum Cina

-TAHUN BARU CINA


Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itikdaging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar ChinaHong KongIndonesiaMacauMalaysiaFilipinaSingapura, TaiwanThailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk,memakaitak,wimqamari,Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam(Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Hari pertama


Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota VancouverKanada.
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional開年Cina Ringkas开年kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional餃子Cina Ringkas饺子jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rìKantonisyan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15 

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional元宵節Cina Ringkas元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari ValentineTāngyuán (Cina Tradisional湯圓Cina Ringkas汤圆), bebola pulutmanis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.
-HARI CHAP GOH MEI

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk.
Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".Sambutan Tahun Baru Cina bermula selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina, dengan setiap hari membawa makna berbeza dan disambut dengan cara tertentu.Sebagai tanda berakhirnya perayaan 15 hari itu, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, membunyikan mercun dan bermain mahjung selain upacara sembahan dilakukan dalam kadar yang lebih besar.Hari yang meriah itu biasanya dikenali sebagai festival tanglung atau dalam dialek Hokkien disebut, Chap Goh Meh yang jika diterjemahkan bermakna 'malam ke-15 Tahun Baru Cina'.
CARA ISTIMEWA 
Semasa zaman keemasan Baba dan Nyonya di Malaysia tidak lama dulu, hari itu lazimnya disambut secara besar-besaran dengan cara istimewa khususnya di Pulau Pinang dan Melaka.Masyarakat Pulau Pinang yang lebih berusia mungkin masih ingat betapa meriahnya hari Chap Goh Meh yang disambut dengan perarakan Chingay merentasi jalan-jalan di Georgetown.Kini, kesesakan yang sentiasa teruk di jalan-jalan utama Georgetown antara sebab tradisi itu kurang sesuai diteruskan, namun ia masih diadakan di Esplanade atau Padang Kota Lama pada hari Chap Goh Meh setiap tahun.Di Melaka pula, antara acara menarik tetapi telahpun pupus ditelan zaman ialah kumpulan-kumpulan Dondang Sayang yang berdendang dan berpantun mengelilingi bandar dari atas kenderaan berhias khas.
HARI MENCARI JODOH 
Dikatakan juga, pada zaman itu, hari Chap Goh Meh adalah satu-satunya hari di mana anak gadis yang mencapai usia perkahwinan dibenarkan berjalan-jalan keluar dari rumah dengan dandanan dan pakaian paling cantik.Oleh itu, pada hari yang sama, lelaki bujang yang mahu mencari pasangan hidup juga akan keluar berkumpul untuk mengerling gadis-gadis berkenaan dengan harapan dapat memilih dan meminang gadis yang diminati.Menurut lagenda, dewa dari langit akan turun pada hari berkenaan untuk mengikat kaki pasangan lelaki dan gadis yang berjodoh dengan benang merah di kaki agar mereka akan sentiasa bersama hingga akhir hayat mereka.Memandangkan hajat pada malam Chap Goh Meh dianggap lebih makbul, para gadis yang telah berdandan akan menuju ke tokong-tokong pinggir laut bagi melontarkan limau mandarin dan membuat hajat bagi mendapatkan suami yang baik.Pada waktu itu, gadis-gadis itu juga akan ditemukan dengan telangkai (orang tengah), yang kemudian membantu mencari dan mengaturkan perkahwinan dengan lelaki dari keluarga bersesuaian.
CARA MODEN 
Bagaimanapun kini, kata penganjur 'Festival Kasih Sayang Chap Goh Meh Kuala Lumpur 2012', Dennis Loh, tiada lagi adat resam perkahwinan yang diatur telangkai, malah anak gadis boleh dilihat di merata tempat tidak kira siang atau malam. Namun demikian, tradisi melontar limau itu memberi beliau idea untuk mengembalikan semula semangat kasih sayang dan perkahwinan Chap Goh Meh dalam bentuk acara tahunan yang menyeronokkan bagi golongan bujang lelaki dan perempuan, serta mampu menarik pelancong asing.Acara utama festival itu ialah ribuan wanita akan menulis nama dan nombor telefon masing-masing untuk dilontarkan ke dalam tasik yang kemudian akan dikutip secara rawak oleh pengunjung lelaki.Tambahan pula, beberapa tahun kebelakangan ini, acara itu menjadi lebih meriah apabila mereka memulakan tradisi pengunjung lelaki pula menulis dan melontar pisang untuk dikutip oleh kaum perempuan.Menurut pemilik Cheng Pai Events & Solutions itu lagi, festival ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2000 dengan jumlah pengunjung hanya 350 orang, dan terus meningkat beberapa kali ganda pada tahun berikutnya.
SIMBOLIK HARAPAN TAHUN BARU 
"Ketika itu, acara sebegini masih tiada di Kuala Lumpur, tetapi sekarang, ia telah menjadi acara yang dinantikan setiap tahun, malah, kami mencipta sejarah apabila berjaya menarik 20,000 pengunjung tahun lepas," kata Loh.Festival tahun ini, menurut beliau akan berlangsung pada hari Isnin, 6 Februari bermula pukul enam petang di lokasi yang sama, iaitu Taman Tasik Permaisuri di Bandar Tun Razak, Cheras.Baginya, acara itu sesuai dianggap sebagai simbolik harapan permulaan baru kepada mereka yang masih belum berkahwin, apatah lagi, hari yang turut dikenali sebagai Festival Tanglung adalah malam bulan penuh yang pertama pada tahun baru.Bezanya jika pada zaman dahulu, anak gadis akan menunggu dengan sabar dan penuh harapan agar limau yang hanyut selepas dilontar ke sungai atau laut akan dikutip orang supaya hajatnya termakbul.Sebaliknya kini, di Tasik Permaisuri, peserta yang mengutip limau atau pisang, boleh terus menghubungi dan bertemu individu bujang yang bernasib baik serta menghayati bulan penuh pertama tahun baru bersama.
AKTIVITI KASIH SAYANG 
Loh memilih taman itu kerana rupabentuk topografi tasik yang memanjang amat sesuai untuk acara itu, selain kedudukan strategik dan cukup luas untuk menampung sekurang-kurangnya 20,000 pengunjung."Tahun ini kami memberi ruang kepada penajaan utama sebanyak tiga khemah selain menawarkan ruang bazar kepada 20 penjual dan 10 ruang jualan untuk badan kebajikan yang berminat.
"Kami ingin menjemput lebih ramai penaja bersama untuk membantu menjalankan aktiviti berlandaskan hajat dan kasih sayang seperti bot tanglung hajat untuk dihanyutkan ke dalam tasik," jelas beliau.Aktiviti lain yang memerlukan penaja termasuk laluan temujanji dan pokok hajat yang membolehkan peserta mengantung kad hajat untuk cinta, kekayaan dan kesihatan, dewa kekayaan dan dewa nasib serta cabutan bertuah dengan jumlah nilai sehingga RM 2 juta.
-PERAYAAN KUIH BULAN

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu. 
Houyi dan Chang'e 
Kisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (Bahasa Cina嫦娥) dibawa ke bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair. Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan, Chang'e pula berdiam di bulan. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan Chang'e sekitar tahun 2170 SM, ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang menyusuli zaman Huang Di.Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita. Apapun, kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut dalam apa jua bentuk: Houyi (Bahasa Cina后羿) si pemanah; Chang'e, Dewi Bulan Abadi; seorang maharaja, baik adil mahupun zalim; suatu atma jiwa; dan Bulan:Houyi si pemanah
Terdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai pemanah.
Versi 1
Houyi ialah seorang dewa, sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat di Istana Maharaja Jed (Bahasa Cina玉帝pinyin: Yùdì) sebagai pengiring Maharani Barat (permaisuri Maharaja Jed), sebalik sebelum kahwin. Pada suatu hari, Houyi mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap Maharaja Jed. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan, sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Maka dari saat inilah Houyi menjadi pemanah tersohor.Pada ketika ini juga, terdapat sepuluh matahari, dalam bentuk burung berkaki tiga, yang berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur; setiap hari salah seekor burung ini dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (Bahasa Cina羲和), iaitu "ibu" segala suria. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Maharaja Yao selaku pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria tersebut. Setelah selesainya tugas ini, maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang mengabadikan nyawa Houyi, sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk menelan ubat ini; mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun".Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau, sambil memulihkan semangatnya. Ketika Houyi menyembuh dirinya, Houyi diarah menghadap maharaja sekali. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan ubat itu jua. Dalam sekelip mata, dia mendapati dirinya boleh terapung. Pada detik ini pulangnya Houyi, maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya. Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa.
Dengan berlengkapkan busur di tangannya, Houyi mengejar Chang'e mengelilingi separuh angkasa. Lama-kelamaan, Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin kencang. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas. Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya. Pada masa itu, di bulan wujudnya seekor arnab, maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya.
Sehingga hari ini, arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Houyi pula membina istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan), dan Chang'e pula "Yin" (prinsip betina). Setahun sekali, pada hari bulan purnama, Houyi menziarahi isterinya. Begitulah sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah.[1]
Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24 CE), iaitu Shan Hai Jing, Buku Gunung dan Laut, dan Huainanzi, suatu kitab falsafah.[2]
Versi 2
Sekitar tahun 2170 SM, bumi mengalami sepuluh matahari, kesemuanya merentungkan tanaman dan memandulkan manusia. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap rakyat jelata, Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi membiarkan satu demi manfaat manusia. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan wira rakyat. Dia mengahwini Chang’e maka mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari. Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu. Akan tetapi, Houyi amat mencintai Chang’e dan enggan meninggalkannya, maka dia menyerahkan ubat tersebut pada Chang’e untuk disimpan di tempat yang selamat. Chang’e meletakkan ubat itu dalam peti barang kemasnya. Akan tetapi, salah seorang anak murid Houyi iaitu Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. Pada suatu hari, Houyi dan anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung, kecuali Peng yang berpura-pura sakit. Chang’e juga berdiam di rumah sahaja. Peng mencuri masuk bilik Chang’e lalu memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. Chang’e sedar dirinya tidak terlawan Peng maka dia terus menelan ubat tersebut lalu terbang jauh dari situ. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami tersayang, jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Setelah Houyi menyedari perkara ini, marah dan sebak jadinya. Houyi mendongak ke langit malam dan memanggil nama Chang’e tak henti-henti. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras Chang'e pada bulan, lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin.
Versi 3
Suatu ketika dulu, Bumi dikitari sepuluh biji matahari, setiap satu bergilir-gilir menyinari bumi. Pada suatu hari, tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak, lalu membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah bernama Houyi, tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Maka beliau menjadi Raja, tetapi lama-kelamaan menjadi zalim.
Pada suatu hari, Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Akan tetapi, air itu jatuh dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja. Setelah meminumnya, Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Betapa cintanya Houyi terhadap ratunya, maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan.

Perayaan Kuam India 


-HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali (Bahasa Tamilதீபாவளி) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

-HARI THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini.
Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia 
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.Di George TownPulau Pinang ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani.Di Ipohnegeri Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh. Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong, Ipoh.Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.


Patung Dewa Murugan

Perbandingan Malaysia dan India

Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia sejak abad pertama, sebelum digantikan dengan Islam. Ia kembali bertapak pada zaman penjajahan British seawal 1786 dengan kedatangan oleh buruh-buruh ladang termasuk di Pulau Pinang. Di ladang-ladang, kuil-kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian saiznya tidaklah begitu besar. Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai PetaniGeorgetownTeluk IntanHutan Melintang,SerembanJohor BaharuKuala Lumpur dan lain-lain.Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.

-HARI THAIPONGGAL

Thaiponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggal ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggal disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggal pada minggu kedua bulan Januari.Pada subuh pagi Thaiponggal, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggal ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.Pesta Thaiponggal merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.Hari Thaiponggal (Bahasa Tamilதைப்பொங்கல்) merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil NaduSri Lanka dan di tempat-tempat di mana ramai terdapat kaum Tamil. Ponggal dirayakan serentak dengan perayaan Makara Sankranthiyang disambut diseluruh India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalambelanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" (தை பிறந்தால் வழி பிறக்கும்) bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.[1] . Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 Januari — 15 dalam kalender Gregorian contoh. hari terakhir bulan Tamil takwim Tamil "Maargazhi" sehingga hari ketiga takwim Tamil.Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa Matahari Surya. Kaum Tamil berterima kasih kepada Dewa Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama kepada 'Surya Mangalya'.Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai (தை) Tamil. Ia menandakan hari apabila Matahari dikatakan bergerak ke utara. Ia menandakan permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke utara. Hari menjadi semakin panjang di tanah Tamil. Thai Pongal jatuh padaMakara Sankranthi dirayakan seluruh India sebagai penuaian hari musimsejuk. Ia juga mewakili solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah ke-10 dalam Takwim India Contoh. Makara atau Capricorn.
Disediakan Oleh,
Lim Sheng Zhe

2 comments:

  1. KABAR BAIK

    Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  2. Saya Suryanto dari Indonesia di Kota Palu, saya mencurahkan waktu saya di sini karena janji yang saya berikan kepada LADY ESTHER PATRICK yang kebetulan adalah Tuhan yang mengirim pemberi pinjaman online dan saya berdoa kepada TUHAN untuk dapat melihat posisi saya hari ini.

    Beberapa bulan yang lalu saya melihat komentar yang diposting oleh seorang wanita bernama Nurul Yudianto dan bagaimana dia telah scammed meminta pinjaman online, menurut dia sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Mrs. ESTHER PATRICK. (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Saya memutuskan untuk menghubungi NURUL YUDIANTO untuk memastikan apakah itu benar dan untuk membimbing saya tentang cara mendapatkan pinjaman dari LADY ESTHER PATRICK, dia mengatakan kepada saya untuk menghubungi Lady. Saya bersikeras bahwa dia harus memberi tahu saya proses dan kriteria yang dia katakan sangat mudah. dari Mrs. ESTHER, yang perlu saya lakukan adalah menghubunginya, mengisi formulir untuk mengirim pengembalian, mengirim saya scan kartu identitas saya, kemudian mendaftar dengan perusahaan setelah itu saya akan mendapatkan pinjaman saya. . Lalu saya bertanya kepadanya bagaimana Anda mendapatkan pinjaman Anda? Dia menjawab bahwa hanya itu yang dia lakukan, yang sangat mengejutkan.

    Saya menghubungi Mrs ESTHER PATRICK dan saya mengikuti instruksi dengan hati-hati untuk saya, saya memenuhi persyaratan mereka dan pinjaman saya disetujui dengan sukses tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akun saya, saya diminta membuat janji untuk membagikan kabar baik tentang Mrs. ESTHER PATRICK dan itulah mengapa Anda melihat posting ini hari ini untuk kejutan terbesar saya, saya menerima peringatan Rp350.000.000. jadi saya menyarankan semua orang yang mencari sumber tepercaya untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Mrs. ESTHER PATRICK melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) untuk mendapatkan pinjaman yang dijamin, Anda juga dapat menghubungi saya di Email saya: (suryantosuryanto524@gmail.com)

    ReplyDelete