Sunday 23 March 2014

Kemajuan dan Matlamat Masa Depan Malaysia

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (secara ringkasnya KKLW) adalah merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya terkini adalah Dato' Sri Mohd Shafie Apdal.



Sejarah


Pembangunan luar bandar merupakan agenda politik Kerajaan untuk menangani kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan membandarkan kawasan luar bandar.
TarikhPeristiwa
17 Nov 1959Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan
1960RIDA diserapkan ke KPNLB untuk memaju dan menggalakan perusahaan dan pemasaran keluaran luar bandar, KEMAS ditubuhkan
24 Dis 1960KPNLB mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Semula Struktur Organisasi dan Peranan FELDA
4 Sept 1961Bilik Gerakan Kemajuan Kebangsaan KPNLB dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama yang bertujuan menyelaras perlaksanaan, maklumbalas dan perlaksanaan projek.
1961Pejabat Kemajuan Negeri (SDO) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPNLB untuk memperhebatkan pembangunan luar bandar
Dis 1976KPNLB dimansuhkan dan agensi diserapkan ke kementerian Lain
18 Julai 1981YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan semula KPNLB
Okt 1990KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB
1993Perpindahan keluar FELDA dan JHEOA daripada KPLB
1994Pelancaran Falsafah & Strategi Luar Bandar (FSBPLB) ke arah 2020 sebagai landasan pembangunan luar bandar.
8 Mei 1995Portfolio pembasmi kemiskinan dipindahkan dari UPP,JPM ke KPLB
31 Jan 2001JHEOA diletakkan di bawah tanggungjawab KPLB
27 Mac 2004- KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemasukkan tiga agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA)
- Program pembasmi kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
15 Ogos 2005Perpindahan keluar PERDA ke Jabatan Perdana Menteri











Objektif

  • Meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80% daripada penduduk bandar.
  • Mewujudkan desa berkualiti (Desa Q).
  • Mewujudkan 30% penduduk desa terlibat dalam aktiviti keusahawanan.
  • Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran.
  • Mempercepatkan pelaksanaan konsep dan program pembangunan bersepadu.
  • Meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa.
  • Mencapai liputan 100% prasarana asas, utiliti dan infrastruktur.
  • Memastikan penduduk desa mendapat 100% manafaat teknologi maklumat dan komunikasi.






Kemajuan Malaysia : Teknologi



Kemajuan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan satu ciri sebuah negara maju. S&T perlu dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi penggerak kemajuan sesebuah negara. Hubungan S&T dengan ekonomi sangat rapat. Sesebuah negara yang maju ekonominya tetapi tidak ada aktiviti S&T ibarat manusia yang hidup sihat tetapi tidak punya 5 pancaindera. Manakala negara yang maju S&T tetapi tidak mantap ekonominya, ibarat manusia yang lengkap pancaindera tapi tidak bertenaga. Kesan kedua-dua keadaan ini ialah negara akan bersifat statik. Malah mungkin akan jadi mundur. Sebaliknya perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (S&T dan ekonomi) membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf hidup masyarakatnya akan meningkat.
Antara faktor perkembangan ekonomi ialah kemajuan S&T. Ini kerana aktiviti ekonomi banyak bergantung kepada teknologi, dan ianya berkait rapat pula dengan kemajuan sains. Melalui penyelidikan sains, banyak teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina bagi tujuan aktiviti ekonomi. Bidang perindustrian, misalnya, banyak bergantung kepada teknologi. Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta penggunaan mesin/robot dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan antara faktor kepada kemajuan ekonomi moden. Tanpa S&T, industri mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti ekonomi sesebuah negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan menjejaskan pendapatan dan hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."
MINT - 1972
Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983 PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT (Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.
MIMOS - 1985
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System) ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan inovatif.
Malaysia East Asia Satellite - 1996
MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite SystemsSdn. Bhd.  Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
Koridor Raya Multimedia - 1996
Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi. Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia perkembangan MSC.
7 Aplikasi Perdana e-Government - 1996
Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat Malaysia di era informasi ini. Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai guna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.
Taman Teknologi Malaysia - 1996
Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian.  Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan. Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
ASTRO - 1996
Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.
MyKad / Kad Pintar - 2001
MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi dengan "firewall" dan platform cip yang selamat.
My Government - 2006
myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri
.

























Cabaran Dan Matlamat Malaysia


Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. 10. Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.


Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


Kita sudah lama berusaha ke arah mencapai matlamat berkenaan. Kesembilan matlamat utama yang dinyatakan ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan kita untuk tiga dekad akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.





Disediakan oleh,
Soh Zong Xian

No comments:

Post a Comment