Cabaran Masa Depan
Sektor pelancongan di negara kita
berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini
menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti
cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk
memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan
negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan
oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada
perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat banyak cabaran
yang dihadapi oleh sektor pelanconagan di negara kita pada masa depan.
Antara
cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan sektor pelancongan dengan
negara-negara yang lain. Hal ini demikian,bukan sahaja negara kita tetapi
negara-negara yang lain juga mengetahui kebaikan dan kepentingan sektor
pelancongan terhadap sesebuah negara. Oleh itu banyak negara mempromosikan
pelancongan di negara mereka dan kita hendaklah bersaing dengan mereka untuk
menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, kita haruslah membuat persediaan
yang cukup untuk menarik para pelancong ke negara kita.
Di
samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan salah satu cabaran sektor
pelancongan di negara kita pada masa depan. Hal ini disebabkan, pencemaran alam
sekitar kebelakangan ini menjadi semakin buruk akibat sikap tidak
bertanggungjawab segelintir ahli masyarakat dan telah merosakkan kecantikkan
alam sekeliling kita. Pada masa kini,negara kita mempunyai alam sekeliling yang
cantik sekali dan telah menjadi tulang belakang bagi sektor pelancongan di
negara kita. Jika pencemaran alam sekitar menjadi buruk, sektor pelancongan di
negara kita pasti dijejaskan kerana pelancong-pelancong hendak menikmati persekitaran yang cantik dan
bersih bukan yang kotor serta busuk.
Selain
itu, tidak kestabilan politik di negara kita juga merupakan cabaran yang kita
akan hadapi . politikyang tidak stabil akan menjejaskan imej negara.Sebagai
contoh, Pergaduhan yang berlaku kebelakangan ini di Thailand. Kekeliruan ini telah
menyebabakan pelancong dari negara lain tidak berani pergi ke sana disebabkan
kaselamatan diri semasa melancong. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke
sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej
yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa
lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa
banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.
Bukan itu sahaja, kebudayaan
tempatan yang semakin dilupai oleh orang ramai juga merupakan salah satu
faktor. Pada era globisasi ini, terdapat ramai remaja mengabaikan kebudayaan
sendiri dan mempelajari budaya Barat. Remaja hari ini beranggap bahawa mereka
akan diketawai ileh kawan mereka jika mereka mewariskan budaya daripada nenek
moyang mereka. Kebudayaan merupakan faktor yang penting dalam sektor
pelancongan kerana pelancong0pelancong inigin merasai kebuayaan yang tidak sama
di negara lain. Banyak kebudayaan tempatan semakin dilupai seperti permainan, seni , persembahan yang tradisional
dan seandai-andainya.
Konkluksinya, negara kita akan menghadapi banyak cabaran dalam sektor pelancongan pada masa depan. Kita sebagai ahli masyarakat haruslah menggemblengkan tangan bagai aur dengan dengan tebing untuk menghadapi segala cabaran masa depan. Marilah Kita bersama-sama menghadapi cabaran dan menjajikan sektor pelancongan sebagai tulang ekonomi di negara kita.
CARA-CARA Mengatasinya
Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan
memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung
mancanegara (negara-negara asing). Banyak produk pelancongan yang wajar
diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain
itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan
seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan
musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya.
Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati
pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu
yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk
memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan
kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk
tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka.
Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat
meningkatkan sektor berkenaan.
Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara
antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar
diadakan di negara ini. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa
seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya
merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa. Dalam
bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara
antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak pada setiap
tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa memang terbukti
kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan
lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong
akan mengunjungi negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam
acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di
negara kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Jadi, jelaslah
penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara
kita.Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
disediakan oleh: Tan Chi Ying
No comments:
Post a Comment